Monday, February 20, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Wednesday, October 5, 2011

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku, tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin

Wednesday, September 21, 2011

Thursday, September 8, 2011

What is Instagram

Instagram is for taking pictures, adding filters to make them look retro, and then for sharing them with sites like Twitter, Flickr, Tumblr, and Facebook.
Hello ! Sekarang aku banyak nampak orang post via Instagram and banyak juga orang yang nak sangat guna benda ni ( aku pun salah sorang). Nokia, Sony Ericsson, Blackberry, Motorola ke apa semua tak ada pun application ni. Hanya pengguna APPLE sahaja :( Aku google pasal Instagram ni, apa function benda ni. Dia tulis "to make them look retro". Lah itu je ke? Ingatkan apa benda yang syok sangat pasal benda ni. Kalau setakat nak tukar gambar jadi retro je, aku guna Pixtrix for Blackberry je. Sekarang orang yang tak guna iPhone pun boleh tukar gambar macam Instagram. Apa-apa pun Pixtrix tak boleh nak lawan Instagram ah.

Tuesday, September 6, 2011

Syawal

02052010 Yahoo!

K : ey tolong sikit. i mood swing dgn you je
aiza_fl : dikira jugak lah
K: ikut mood nak layan you
aiza_fl : sedar pun. ingatkan i sorang je yg sedar
K : too bad for you lah. i dgn you je yang sedar. orang lain biasa je
aiza_fl : memang! kenapa huh perlu mood swing dgn i?
K : kau ex aku, kena faham
aiza_fl : so? ex je. ex ex lah. tak memberi kesan pun kan?
K : ada. kadang2 menyampah. kadang2 okay
aiza_fl : ouch. sedih nya menyampah
K : dah nama mood swing

Monday, August 22, 2011

Musim phone masuk air

Aku rasa sekarang ni musim phone rosak. Bila tanya je semua jawab phone masuk air. Lepas tu semua mencari phone lebih, phone bodoh-bodoh pun jadi.

1. Bogelkan phone tu. Maknanya cabut lah segala battery, sim card, memory card. Kalau housing tu boleh tanggalkan, bogelkan terus. Oh ya, time phone dah jatuh tu, jangan lah pergi try nak on pulak. Memang sengaja nak bagi rosak lagi ada ah.

2. Lepas tu letak dalam tong beras dalam sehari dua.

Lek je, beras tu boleh buat masak nasi lagi. Tak mati pun kalau korang makan. Nanti beras tu kan kena basuh, lain ah kalau korang tak pernah basuh beras atau tak pernah masak nasi selama ni.

Sunday, August 21, 2011

OUCH


Rasa macam kena lastik dekat dahi sendiri. Okay fine! Lepas ni tak kuat merajuk dah. Hmm

Tongue Twister


M-POP babyy! HAHAHA Jangan main gila, aku play lagu ni sekali je, dah separuh lirik dia aku hafal. 10 kali play, semua pergerakan dalam video ni aku hafal, okay itu tipu. Lagu ni memang ada jampi ah aku rasa. Tiap kali terjaga dari tidur, otak aku nyanyi "apa yang ku tahu, apa yang kau tahu, waktu kecil dulu, sama-sama tak tahu". wtf?! Tapi aku memang respect ah diorang ni sebab diorang berani nak buat video macam ni and menyanyi lagu tu. Kalau suruh korang, korang pun tak berani ambil risiko kan? Tak yah cakap korang lah, aku pun tak berani.

Sorry Anati, aku curi video kau. Tapi aku tak boleh control otak aku.